Daisypath Anniversary tickers

Nov 14, 2013

hidup..perubahan..

Assalammualaikum bloggers..
Hye..today i just want to tell what had happen in my life before, now and future..Actually yang future itu hanya ramalan sahaja..Mungkin satu impian yang ingin dicapai..First of all, Syue ingin cerita tentang sesuatu yang pernah berlaku dalam hidup Syue sebelum ini. Syue teringat semasa zaman kanak-kanak Syue. Dulu Syue ini seorang yang sangat takut untuk buat kesalahan sebab kalau buat salah pasti mak atau abah Syue akan dapat tau. Hehehe. And Syue dulu tak pandai sangat nak berahsia dengan mak dan abah. Pasti semua perkara Syue akan cerita kecuali bila dah masuk peringkat remaja Syue still bercerita dengan mak dan abah cuma bila berkait dengan cinta Syue berahsia sebab tau mak dan abah tak akan benarkan Syue bercinta sewaktu masih bersekolah. Biasalah kan bila dah remaja, kenal pulak dengan pelbagai jenis kawan. Dari situ mulalah terikut-ikut budaya mereka. Tetapi Syue still takut untuk buat sesuatu yang mak dan abah tak benarkan. Tahap pendidikan Syue dulu pun agak memuaskan sebab Syue pernah jadi orang yang paling dikenali oleh cikgu-cikgu (untuk sekolah rendah) dan ustaz ustazah (untuk sekolah agama). Syue jenis senang rapat dengan orang so semua orang Syue nak kawan. Cikgu-cikgu pun menyenangi Syue. Dulu dalam masa sekolah mesti nak berlumba dengan kawan Syue, Mira namanya. Dia pandai sangat. Sampai Syue tak mampu nak challenge dia dalam pelajaran. Ternyata kelebihan Syue lebih kearah melukis atau seni lukis. Banyak pertandingan Syue masuk. Tetapi jarang sangat menang. Selalu mesti dapat nombor dua and fahmi dapat no satu. Dia lah satu-satunya pencabar Syue waktu itu. Syue jugak pernah merasa jadi penolong ketua pengawas. Terasa bangga sekejap..Hehe..Itu pun mungkin sebab Syue dulu garang dan muka selalu masam. Rindu sangat nak masuk alam sekolah rendah. Banyak sangat kenangan kat sekolah itu. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH. Yeahh! itu lah nama sekolah Syue dulu kala. Selepas tamat tahun enam, Syue masuk SMK CONVENT TELUK INTAN. Pada mulanya nak masuk sekolah agama tetapi tawaran berpihak kepada sekolah untuk rancangan khas. Sekolah semua perempuan. Masa mula-mula jejak sekolah itu memang rasa awkward sangat sebab tiada insan bernama lelaki kecuali tukang kebun, pekerja kantin dan pembantu makmal. Cikgu-cikgu pun semuanya perempuan. So memang amik masa agak lama untuk sesuaikan diri. Then first time berjauhan dengan parents sebab terpaksa duduk asrama. Itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan. And masa kat asrama Syue lebih rapat dengan kakak-kakak senior tapi bukan kakak senior convent tapi dari smk sultan abdul aziz. Mesti tertanya-tanyakan kenapa tiba-tiba ada pelajar sultan dalam asrama kami. Untuk pengetahuan asrama kami berkongsi dengan pelajar sultan. Boleh dikatakan ramai pelajar sultan yang duduk dalam asrama kami sebab sekolah mereka betul-betul bersebelahan dengan asrama kami. So untuk convent mungkin satu peluang untuk 'usha' lelaki sebab boleh intai ikut beranda..Hahaha..Itu zaman dulu lah..Masuk form three Syue keluar dari asrama duduk dengan family. Mungkin Syue tak dapat biasakan diri untuk stay kat asrama but atleast ada jugak pengalaman. Di convent banyak jugak pengalaman yang Syue lalui dari pelbagai masalah. Tamat tingkat lima Syue diterima masuk Uitm Perak. Alhamdulilah sangat sebab perjalanan untuk menimba ilmu itu senang. Selama dua tahun setengah berada di Uitm banyak perkara Syue belajar terutama tentang kehidupan. Banyak jugak perkara yang mengajar Syue untuk jadi lebih matang dan berfikiran secara terbuka. Dari perkenalan seorang demi seorang jejaka yang hadir, finally Syue bertemu hati dengan insan yang berjaya buka pintu hati Syue walau pada mulanya sukar untuk Syue menerima dia. But alhamdulilah akhirnya dua hati ini bersatu. Kini hubungan kami hampir sebelas bulan. Pelbagai dugaan dalam hubungan kami. Syue pulak sedar yang Syue ini seorang yang sangat kuat cemburu. Disebabkan perasaan cemburu ini, kami sering kali bergaduh, bertengkar. Betul lah banyak orang cakap dua tiga bulan awal bercinta semuanya indah masuk bulan kelima baru la kita kenal pasangan kita masing-masing. Tapi sebenarnya Syue masih ingin mengenali dia dengan lebih. Walaupun banyak terluka, banyak sedih, Syue tetap sabarkan hati supaya Syue lebih bersabar. Bila seorang tengah jadi api, kita jangan jadi api sebab nanti mungkin akan jadi marak. So what can i do is just silent. Atau lebih banyak pendam kan segala yang berlaku. Syue tau kalau Syue pendam sesuatu perkara itu, mungkin setengah nya Syue tak ingat dan mungkin Syue akan ingat. And Syue cuba untuk tak melenting. Syue ingin pertahankan hubungan kami dengan izin tuhan. Insyaallah. Alhamdulilah baru tadi Syue dapat mesej dari dia. Dia jujur dengan Syue tentang apa yang Syue dah buat. Syue terima apa yang dia katakan. Mungkin perit pada Syue tapi mungkin ini untuk kebaikan hubungan kami. Syue teringat pada kata-kata sahabat Syue, bila dah sayang pasti kita akan rasa dia perlu ada dengan kita, nak tau apa yang dia buat. Tapi mungkin cara Syue salah. Lepas ini Syue cuba untuk tak terlalu banyak bertanya. Let it be what he want. Syue jadi terlalu ingin tahu bila Syue sayangkan seseorang and bila dia berlaku jujur Syue cuba untuk berubah cuma Syue takut bila kita dah kurang rasa concern kita pada seseorang nanti kita akan terbiasa untuk tidak pedulikan hal orang itu. Syue tak mahu kurangkan rasa concern ini tapi mungkin sifat Syue yang terlalu concern merimaskan. And now Syue rasa Syue patut berubah untuk jadi seperti yang dia mahukan. No more too concern. No more asking too much. Just wait until he tell me what he want to tell..Bak kata Nomad,"Aku Tetap Menantimu". HEHEHE.

Panjang pulak entry Syue kali ini dah macam karangan pulak..Hehehe..Mood menulis tiba-tiba datang so apa lagi menulis sambil feeling-feeling dengar lagu nomad. Hehehe. See you again ! xoxo ^^,


Love you,
Syue-M 

No comments:

Post a Comment

♥ my followers ♥