Daisypath Anniversary tickers

Jan 25, 2014

25.01.2014



Hati menangis tetapi kenapa air mata dah tak mampu nak menitis lagi. Hancur sudah ke hati ini? Besar dugaan yang DIA berikan kepada aku. Mungkin DIA ingin memperingati aku bahawa DIA selalu bersama aku. Ya Allah, hanya padaMu aku mengadu kasih.




Salah apakah diri ini sehingga aku harus merasa kekecewaan? Tidak pernahkah kamu terfikir akan perasaan aku yang sering kali menitiskan air mata hanya kerana terlalu kasih dan cinta padamu. Salah apakah diriku sehingga susah untuk kamu peduli pasal diriku? Adakah kekurangan diriku ini menjadi beban pada dirimu sehingga kamu sukar untuk menerima keadaan diri aku? Aku sedar terlalu banyak persoalan yang aku utarakan pada kamu hanya kerana aku tertanya-tanya akan sebab kenapa kamu perlakukan aku sedemikian rupa. Pernahkah kau terfikir mengapa aku sering bertanyakan soalan yang pelbagai sehingga kamu rimas? Bukan aku sengaja mengutarakan soalan-soalan itu tetapi layanan kamu yang menyebabkan perlbagai persoalan bermain di fikiran aku. Jika kamu tidak menegur aku atau memulakan kata , pasti aku tertanya mengapa kamu tidak menghantar mesej padaku. Adakah kau sakit? Adakah aku buat salah? Adakah aku telah mengguris hati kamu? Adakah ada perkara yang membuatkan kamu terasa dengan ku? Semua persoalan itu sering bermain di fikiran ku. Aku khuatir kamu sakit. Aku takut kamu pendam jika aku terlalu banyak melukakan hatimu. Aku faham soalan-soalan aku banyak merimaskan kamu. Aku minta maaf atas segalanya. Bagaimana diriku tidak risau jika seharian langsung tiada khabar darimu? Mungkin dulu aku tidak kisah jika kamu langsung tidak mempedulikan aku kerana dulu kamu belum masuk ke dalam hati aku. Tetapi apabila aku izinkan dirimu masuk ke dalam hati aku, mengapa kamu seperti ini? Kamu langsung tidak menjaga hati aku sedangkan dulu kamu begitu menjaga hati aku. Dulu kamu perlukan diriku sedangkan kini kamu seolah-olah tidak kisah jika aku tiada di sisi mu. Mengapa semua ini harus terjadi? Dimanakah silap aku yang menjadikan hubungan kita seperti ini? Setiap akhir solatku, hanya dirimu, keluargamu dan keluargaku yang sentiasa bermain di bibirku yang diiringi dengan doa. Setiap malam ku hanya wajahmu yang sering bermain dalam mimpi ku. Petanda apakah semua ini? Mengapa sedikit pun kamu tidak pernah buka hati ini merasa apa yang aku alami? Kesibukan seseorang itu pasti akan ada ruang untuk insan yang disayangi bukan? Mengapa jika sibuk tidak diberitahu? At least let me know supaya aku tidak bersangka yang bukan-bukan. Hmm...


Kamu pernah bertanya mengapa aku begitu menyayangimu. Sedikit terkejut dengan pertanyaan itu kerana kamu seperti tidak mengerti dengan setiap tingkah laku aku kepadamu. Jawapan untukmu itu sangat mudah. Aku sudah memberikan jawapanku dengan setiap perlakuan aku tetapi mungkin kamu tidak sedar. Aku begitu menyayangimu kerana suatu ketika dahulu kamu begitu bersabar melayan karenahku dan tidak pernah berputus asa untuk memikat hati aku. Dan pada suatu ketika dahulu kamu tidak segan untuk memberitahu umum yang kamu menyayangiku sepenuh hati. Setiap tindakan yang dulu pernah kau lakukan padaku sangat aku hargai kerana kamu menunjukkan kesungguhanmu padaku. Dan kau insan pertama yang memperkenalkan diriku kepada keluargamu sebagai kekasih yang bakal kamu nikahi nanti. Itu semua sudah cukup untuk menjadi bukti yang aku mencintaimu kerana kamu mencintaiku seperti mana aku mencintaimu. Kesungguhanmu dulu begitu memikat hati aku. Kerana insan yang aku cari selama ini telah aku temui. Insan yang menyayangiku dan menerima diriku seadanya. Aku berharap kamu tahu mengapa aku begitu menyayangimu.



Love you,
Syue-M 


Kisah hati..





Mungkin benar pendapat orang yang wanita adalah insan yang paling mudah menitiskan air mata walau hanya dengan perkara kecil. Ternyata ianya benar kerana aku juga sering menitiskan air mata hanya kerana hati terluka atas sebab yang tidak tahu adakah patut aku menitiskan air mata atau tidak. Pelbagai persoalan yang sering muncul pada fikiran aku tentang diri seorang wanita. Ada juga persoalan yang begitu mudah untuk kita mendapatkan jawapannya. Tetapi kebanyakannya hanya daripada pendapat orang ramai.




Nak dijadikan cerita...
Sejak akhir-akhir ini aku kerap mengalirkan air mata hanya kerana hati aku terlalu terluka dengan insan yang sangat aku sayangi. Setiap malam pasti mengalir air mata hanya kerana terlalu rindu kan dia. Dugaan yang membuatkan aku rasa terlalu lemah. Mungkin juga dugaan jarak jauh antara kami menyebabkan dia terbiasa hidup tanpa bebelan aku. Satu SMS padaku ibarat emas yang aku idamkan. Tetapi sekarang sangat susah untuk aku dapat. Kadang kala kesibukan bekerja mungkin membuatkan dia terlupa seketika padaku. Setiap hari aku cuba untuk memahami dirinya. Setiap hari aku menunggu ucapan salam dan selamat pagi dari nya. Setiap hari aku menunggu ucapan selamat malam dan see you tomorrow. Ungkapan itu sudah jarang aku dapat dari dia. Mana silap aku padanya aku sendiri gagal mencari jawapan. Mungkin aku harus lebih tabah atau pada hakikatnya aku tak mampu nak laluinya. Setiap hari mesej darinya ibarat satu hiburan pada aku yang dapat menceriakan hari-hari aku. Tapi kini duka yang aku dapat. Kenapa ? Kenapa mesti berlaku perkara seperti ini? Jawapannya aku harus muhasabah diri. Aku harus perbaiki diri aku untuk jadi yang terbaik pada diri aku sendiri. Terluka hati InsyaAllah pasti sembuh walau parutnya akan kekal. Terseksa hati InsyaAllah akan ada ubat yang dapat hilangkan rasa sakit di hati. Mungkin perubahan ini yang dia inginkan dari aku. Tapi aku tidak tahu apa sebenarnya yang tertulis di hati dia.

Dear Encik Cinta,
Walau sekejam mana pun kau perlakukan diri ini, tidak sedikit megubah perasaan yang dah mekar dalam hati ini. Kau boleh lukakan hati aku, kau boleh seksa hati aku tetapi InsyaAllah hanya Yang Maha Esa penawar segalanya. Dan bukan pembalasan yang aku berikan padamu tetapi doa kesejahteraan dan kebahagiaanmu yang aku titipkan dalam setiap doa-doaku. InsyaAllah DIA akan mengawasi mu bagi pihak ku. Ingat lagi apa yang pena aku beritahu bahawa hanya kebahagiaan mu yang aku utamakan. Kamu bahagia aku pun bahagia walau dalam derita :')

Dear Encik Cinta,
Terima kasih selama dua tahun perkenalan kita, banyak perkara manis yang kau berikan pada aku yang memang sukar untuk aku lupakan. Kenangan itu akan tersemat dalam kotak ingatan aku. Terima kasih atas hulur kasih sayang yang kau berikan padaku. Aku berharap kau tak pernah jemu menyemai kasih sayang dan cinta antara kita dan DIA. I love you, ZAN.


Love you,
Syue-M 

♥ my followers ♥