Nov 12, 2013

nukilan hati..

assalamualaikum bloggers..
hari ini tiada apa yang Syue nak share..cuma mungkin sesuatu yang lahir dari hati atau lebih tepat luahan hati Syue yang dah terlalu lama Syue simpan dan pendam..

Kenapa kadang kala perasaan cinta ini banyak menguji kita..Every time when we falling in love, for sure akan ada suatu kejadian yang kadang-kadang kita tak mampu nak laluinya..Mungkin sekarang fasa untuk Syue cuba tempuh semua ini..Dugaan bercinta jarak jauh sangat sukar..Terlalu banyak dugaan yang bakal kita tempuhi..semakin lama hubungan itu, semakin banyak onak duri dalam hubungan itu..Mungkin kadang-kadang Syue terlalu ikutkan kata hati, terlalu pentingkan diri...kadang kala pasti Syue akan cari punca gaduh untuk tarik perhatian dia..untuk merasa si dia memujuk tapi jawapan yang Syue nak tak dapat..Si dia mengalah..Syue gembira sebab dia sanggup mengalah untuk Syue..Syue terkenang di saat sewaktu Syue menolak cinta si dia..Syue banyak abaikan dia..Banyak buat dia terluka..Mungkin dengan ape yang pernah berlaku pada si dia , perkara yang sama jadi pada Syue cuma berbeza keadaan..Walau bagaimana pun Syue tidak akan pernah mengalah..Syue akan tetap cuba untuk menjaga hubungan ini sebaik yang mungkin..Now i just can pray for our relationship..Berkat Yang Maha Esa adalah yang paling utama disamping dengan restu daripada keluarga bagi kedua-dua belah pihak terutama ibu bapa. ^^,

Terkadang Syue terfikir mungkin ada hikmah disebalik setiap yang berlaku..Insyaallah Syue akan tetap setia dengan si dia..Hati Syue tidak akan berubah kepada insan lain sebab nama si dia dah terukir dalam hati ini..Mungkin sudah tertutup untuk menerima insan lain..Apa yang Syue harapkan hubungan ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin serta sehingga akhir hayat kami..Insyaallah :')

Lepas apa yang jadi, Syue sudah mula untuk menyibukkan diri..Sekarang dalam proses menyiapkan tugasan daripada makcik saudara..Makcik sekarang sedang menuntut sebagai pelajar ijazah PJJ (pelajaran jarak jauh) di UPSI..Dia amik jurusan Bahasa Melayu if i'm not mistaken..So kebanyakan tugasan yang dia beri memang lah banyak yang berkaitan dengan Bahasa Melayu dan Sastera cuma ada sesetengah subjek yang dikaitkan dengan komputer aplikasi..Ada lah juga yang berkait dengan jurusan yang pernah aku ambil sewaktu diploma..Alhamdulilah dapat lah juga Syue tambah ilmu dari bidang yang memang bukan daripada bidang Syue..Ehehe ^^,

Last but not least, Syue just want to be a strong woman for go through in life..See you again ! ^^,

Love you,
 Syue-M 


No comments:

Post a Comment

♥ my followers ♥