Daisypath Anniversary tickers

Oct 25, 2013

doktor cinta

Assalammualaikum bloggers..
Actually tiada apa sangat tapi tengok pada tajuk "DOKTOR CINTA"..
Okay tajuk nya macam menarik tapi sebenarnya tiada menarik mana pun..hehe
Syue cuma nak share apa yang syue tahu sahaja..

CINTA..
kalau nak dikatakan cinta ini mempunyai suatu maksud yang mendalam sangat.. Oleh itu, seseorang yang pernah merasai perasaan cinta ini pasti dapat menghuraikan apa itu cinta..

kalau ikut pendapat syue, cinta ini suatu perasaan yang sangat indah sebenarnya.. Dan kadang-kadang buat seseorang itu berangan jauh.. Apa yang syue dah alami selama dua puluh tahun hidup, macam-macam ragam dan jenis cinta yang syue jumpa.. Ada cinta monyet, cinta sepuluh sen, macam-macam lah.. Cinta monyet pasti ramai yang dah alami kan.. Biasa lah cinta masa zaman persekolahan kan.. Fikiran tak matang lagi.. Bila umur syue dah masuk angka dua, syue dah mula fikirkan masa depan syue.. Jadi syue mengharapkan hubungan yang kekal hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat.. So pengalaman yang ada kita kena jadikan sebagai ikhtibar untuk diri kita :)

kalau mengikut wikipedia,
Cinta sebenarnya adalah suatu perasaan yang positif dan diberikan pada manusia atau benda lainnya. Biasanya dialami oleh semua makhluk. Penggunaan perkataan cinta juga dipengaruhi oleh perkembangan semasa. Perkataan cinta sentiasa berubah erti menurut tanggapan, pemaham dan penggunaa di dalam keadaan, kedudukan dan generasi masyarakat yang berbeza. Sifat cinta dalam pengertian abad ke-21 mungkin berbeza daripada abad-abad yang lalu. 

Mengikut pencarian syue yang lain,
Cinta adalah sebuah perasaan yang diberikan oleh Tuhan pada sepasang manusia untuk saling saling mencintai, saling memiliki, saling memenuhi, saling pengertian. Cinta itu sendiri sama sekali tidak dapat dipaksakan, cinta hanya dapat berjalan apabila kedua belah pihak ikhlas, cinta tidak dapat berjalan apabila mereka mementingkan diri sendiri. Karena dalam berhubungan, pasangan kita pasti menginginkan suatu perhatian lebih dan itu hanya bisa di dapat dari pengertian pasangannya

So apa yang syue baca tentang cinta, cinta ini lebih indah kalau kita dekatkan diri pada yang satu terlebih dahulu..barulah cinta kepada ibubapa dan keluarga..yang ketiga barulah cinta kepada kekasih.. So kepada encik zul aidil nizam, awak cinta ketiga saya dan saya disini menanti rombongan awak dari Terengganu :)


Love you,
Syue-M 

No comments:

Post a Comment

♥ my followers ♥