Daisypath Anniversary tickers

Jan 25, 2014

25.01.2014



Hati menangis tetapi kenapa air mata dah tak mampu nak menitis lagi. Hancur sudah ke hati ini? Besar dugaan yang DIA berikan kepada aku. Mungkin DIA ingin memperingati aku bahawa DIA selalu bersama aku. Ya Allah, hanya padaMu aku mengadu kasih.




Salah apakah diri ini sehingga aku harus merasa kekecewaan? Tidak pernahkah kamu terfikir akan perasaan aku yang sering kali menitiskan air mata hanya kerana terlalu kasih dan cinta padamu. Salah apakah diriku sehingga susah untuk kamu peduli pasal diriku? Adakah kekurangan diriku ini menjadi beban pada dirimu sehingga kamu sukar untuk menerima keadaan diri aku? Aku sedar terlalu banyak persoalan yang aku utarakan pada kamu hanya kerana aku tertanya-tanya akan sebab kenapa kamu perlakukan aku sedemikian rupa. Pernahkah kau terfikir mengapa aku sering bertanyakan soalan yang pelbagai sehingga kamu rimas? Bukan aku sengaja mengutarakan soalan-soalan itu tetapi layanan kamu yang menyebabkan perlbagai persoalan bermain di fikiran aku. Jika kamu tidak menegur aku atau memulakan kata , pasti aku tertanya mengapa kamu tidak menghantar mesej padaku. Adakah kau sakit? Adakah aku buat salah? Adakah aku telah mengguris hati kamu? Adakah ada perkara yang membuatkan kamu terasa dengan ku? Semua persoalan itu sering bermain di fikiran ku. Aku khuatir kamu sakit. Aku takut kamu pendam jika aku terlalu banyak melukakan hatimu. Aku faham soalan-soalan aku banyak merimaskan kamu. Aku minta maaf atas segalanya. Bagaimana diriku tidak risau jika seharian langsung tiada khabar darimu? Mungkin dulu aku tidak kisah jika kamu langsung tidak mempedulikan aku kerana dulu kamu belum masuk ke dalam hati aku. Tetapi apabila aku izinkan dirimu masuk ke dalam hati aku, mengapa kamu seperti ini? Kamu langsung tidak menjaga hati aku sedangkan dulu kamu begitu menjaga hati aku. Dulu kamu perlukan diriku sedangkan kini kamu seolah-olah tidak kisah jika aku tiada di sisi mu. Mengapa semua ini harus terjadi? Dimanakah silap aku yang menjadikan hubungan kita seperti ini? Setiap akhir solatku, hanya dirimu, keluargamu dan keluargaku yang sentiasa bermain di bibirku yang diiringi dengan doa. Setiap malam ku hanya wajahmu yang sering bermain dalam mimpi ku. Petanda apakah semua ini? Mengapa sedikit pun kamu tidak pernah buka hati ini merasa apa yang aku alami? Kesibukan seseorang itu pasti akan ada ruang untuk insan yang disayangi bukan? Mengapa jika sibuk tidak diberitahu? At least let me know supaya aku tidak bersangka yang bukan-bukan. Hmm...


Kamu pernah bertanya mengapa aku begitu menyayangimu. Sedikit terkejut dengan pertanyaan itu kerana kamu seperti tidak mengerti dengan setiap tingkah laku aku kepadamu. Jawapan untukmu itu sangat mudah. Aku sudah memberikan jawapanku dengan setiap perlakuan aku tetapi mungkin kamu tidak sedar. Aku begitu menyayangimu kerana suatu ketika dahulu kamu begitu bersabar melayan karenahku dan tidak pernah berputus asa untuk memikat hati aku. Dan pada suatu ketika dahulu kamu tidak segan untuk memberitahu umum yang kamu menyayangiku sepenuh hati. Setiap tindakan yang dulu pernah kau lakukan padaku sangat aku hargai kerana kamu menunjukkan kesungguhanmu padaku. Dan kau insan pertama yang memperkenalkan diriku kepada keluargamu sebagai kekasih yang bakal kamu nikahi nanti. Itu semua sudah cukup untuk menjadi bukti yang aku mencintaimu kerana kamu mencintaiku seperti mana aku mencintaimu. Kesungguhanmu dulu begitu memikat hati aku. Kerana insan yang aku cari selama ini telah aku temui. Insan yang menyayangiku dan menerima diriku seadanya. Aku berharap kamu tahu mengapa aku begitu menyayangimu.



Love you,
Syue-M 


No comments:

Post a Comment

♥ my followers ♥